IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta di sini.
Dokumen penyerahan itu diserahkan oleh Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri Ahmad Fuad Apandi kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) (Sektor Bangunan) Datuk Ir Badioezaman Ab Khalik yang menjalankan tugas Ketua Pengarah JKR.
Selain Perdana Menteri, turut menyaksikan penyerahan dokumen itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Pembinaan Kem Sultan Nazrin Shah bermula pada 2018 dengan kos RM236 juta oleh kontraktor utama projek itu Syarikat Sujaman Sdn Bhd, manakala pada 14 Feb lepas kem berkenaan mendapat sijil siap kerja dan pihak 69 Komando beroperasi secara berperingkat di situ.
Pada majlis hari ini juga, Razarudin diiringi Komander 69 Komando SAC Hamzah Hashim menyerahkan buku Sejarah Penubuhan 69 Komando serta buku Lahad Datu Mac 2013 kepada Perdana Menteri.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming serta Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.
Selain itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din dan Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri juga menghadiri majlis itu.
Usai majlis penyerahan dokumen, Anwar ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Raya Madani bersama Warga 69 Komando berkata kem itu merupakan tempat melatih kekuatan fizikal dan mental serta mengukuhkan semangat daya juang pasukan.
Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada keluarga warga Komando 69 kerana memahami peranan komando di barisan hadapan yang mempunyai tanggungjawab besar untuk menjamin keamanan dan keselamatan negara.
"Jadi, saya bagi pihak kerajaan tentunya meraikan saudara dan saudari kerana tugas yang besar untuk menjamin keselamatan negara ini. Tentunya melibatkan bukan sahaja semangat, disiplin dan pengorbanan meninggalkan keluarga dan kadang-kadang risiko keselamatan diri, jadi saya sekali lagi menyatakan penghargaan," kata beliau.
Justeru, Anwar berkata walaupun kerajaan dan negara mewarisi hutang dan tanggungjawab besar, beliau tidak mahu melepaskan tanggungjawab menjaga dan membela nasib penjawat awam termasuk anggota polis dan Kementerian Dalam Negeri umumnya kerana mereka menggalas tanggungjawab yang besar.
Sementara itu, selepas majlis hari raya bersama warga Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando, Anwar sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk menghadiri Majlis Santunan Aidilfitri Peringkat Parlimen Tambun di Padang RPT Jelapang Baru, dekat Gugusan Manjoi.
Majlis yang dimeriahkan kira-kira 10,000 penduduk setempat itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
Perdana Menteri (tengah) menerima buku 69 Komando dari Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (kanan) pada Majlis Ramah Mesra Raya Madani bersama Warga Unit 69 Komando, Pasukan Gerak Khas, Ulu Kinta hari ini. - Foto Bernama
Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra
Wisma Putra berkata pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles (LA).
[TERKINI] Pendaki Malaysia maut ketika daki gunung tertinggi Amerika Utara
Seorang daripada tiga pendaki Malaysia maut ketika mendaki Gunung Denali, Alaska yang merupakan puncak tertinggi di Amerika Utara.
Hamas perlu terima cadangan Biden demi keamanan - Menteri Luar UK
Selain Biden, Menteri Luar UK, David Cameron membawa nada yang sama bahawa Hamas mesti menerima cadangan perang Gaza yang diumumkan Presiden Amerika bagi pihak Israel.
Hamas bersedia berurusan secara positif dengan Israel
Hamas dalam satu kenyataan mengesahkan kesediaannya untuk berurusan secara positif terhadap kandungan cadangan gencatan senjata kekal tiga fasa yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
KBS lulus RM846,000 bagi enam kejohanan Muay Thai
MIMAC yang sedang berlangsung bermula semalam hingga esok, turut menerima GPS sebanyak RM200,000 daripada KBS.
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
Neville nasihat Manchester United kekalkan Ten Hag
Khabar angin bertiup sejak beberapa bulan lalu bahawa Ratcliffe dan INEOS bakal memutuskan untuk memecat Ten Hag selepas EPL berakhir.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Bersatu padu demi keselamatan, perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri tegaskan bahawa kita tidak boleh memandang rendah terhadap pihak-pihak tertentu yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.
Baucar buku boleh didapati di aplikasi DELIMa hari ini - KPM
Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan bahawa semua murid dan pelajar boleh mula mengakses aplikasi tersebut bagi tujuan berkenaan.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini - PM
Kerajaan bertekad mahu noktahkan kemiskinan tegar di Sabah sebelum akhir Julai tahun ini.
Kerajaan MADANI komited pupuk hubungan Malaysia-China
Kerajaan MADANI komited untuk memupuk hubungan antara Malaysia dan China yang menyambut ulang tahun ke-50, hari ini.
Anwar adakan lawatan ke Sabah, Labuan hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual mengadakan lawatan ke Sabah dan Labuan.
PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
PM sambut baik pengumuman komitmen pelaburan Google
Perdana Menteri menyambut baik pengumuman syarikat gergasi teknologi Google yang mengesahkan komitmen pelaburan bernilai RM9.4 bilion.
Kerajaan pertingkat Maqasid al-Syariah dalam pengembangan ekonomi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kini memasuki fasa kedua dalam usaha memperluas instrumen kewangan Islam.